Aplikasi portal hartanah, Property Axis dilancar hari ini
By Syamimi Husna from Suara Sarawak
January 14, 2023
KUCHING: Aplikasi mudah alih portal hartanah iaitu Property Axis yang pertama berpangkalan di Sarawak yang dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.
Ditubuhkan oleh syarikat teknologi digital terkemuka di Malaysia, Karuna Sarawak, pengguna akan didedahkan mengenai pasaran hartanah yang menawarkan pengesyoran hartanah berdasarkan analitik data besar daripada data sumber ramai dan terbuka.
Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, aplikasi seperti ini akan membantu Sarawak mencapai matlamat menjadi negeri maju berdasarkan data dan inovasi menjelang 2030.
“Impak pendigitalan ekonomi sangat ketara, dan usaha ini akan membantu Sarawak maju ke hadapan dalam bidang tersebut serta menyumbang kepada pembinaan aplikasi tambahan pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aplikasi Pasaran Hartanah pertama Sarawak, Property Axis di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Julaihi berkata ketika ini, Sarawak masih menggunakan pengisian secara fizikal dengan menghantar bil air, elektrik dan sebagainya kepada pengguna di seluruh wilayah.
Sehubungan itu jelasnya, aplikasi seperti ini dapat membantu pembeli hartanah dengan hanya menggunakan aplikasi digital yang memudahkan urusan mereka.
“Kita juga berhasrat agar penghantaran bil pada masa akan datang, boleh disampaikan kepada semua pengguna di seluruh Sarawak menerusi pembangunan aplikasi seperti Aplikasi Property Axis oleh pakar-pakar dalam bidang teknologi baru masa kini."